Ekonomi Keynes

Ekonomi Keynes ialah teori makro tentang bagaimana keluaran ekonomi jangka pendek – dan terutama pada keadaan kemelesetan — dipengaruhi oleh permintaan agregat (jumlah dalam suatu ekonomi). Menurut teori-teori ini, permintaan terkumpul tidak semestinya sama dengan keupayaan ekonomi yang produktif namun sebaliknya dipengaruhi beberapa faktor dan mempunyai ciri -yang tidak menentu di mana ia mempengaruhi pengeluaran, pekerjaan, dan inflasi.[1]Ilmu ekonomi ini mula dikembangkan semasa dan selepas Kemelesetan Besar daripada idea-idea ilham John Maynard Keynes dalam bukunya, The General Theory of Employment, Interest and Money pada tahun 1936.[2] Ilmu ekonomi sebegini diamalkan model ekonomi yang standard di negara-negara maju pada akhir Kemelesetan Besar, Perang Dunia Kedua serta pengembangan ekonomi sekepas zaman tersebut (1945-1973), walaupun ia semakin kurang disenangi berikutan krisis minyak dan stagflasi tahun 1970-an selepasnya. Pemikiran berkaitan ilmu ini mula dikembangkan semula selepas krisis kewangan lewat tahun 2000-an[3] dalam suatu sistem yang baru.